|
Sebagai seorang ahli persendirian GAMAT EMAS SDN. BHD., saya faham dan
bersetuju kepada perkara-perkara berikut :-
1. Saya tidak akan
menggunakan nama perniagaan GAMAT EMAS SDN. BHD. atau tanda niaga atau
tanda perkhidmatan dalam mana-mana iklan saya tanpa terlebih dahulu
mendapat kebenaran bertulis dari GAMAT EMAS SDN. BHD.
2. Saya faham bahawa tiada
pembelian barangan atau lain-lain barangan diperlukan selain daripada
bayaran pakej pengenalan menjadi ahli barangan GAMAT EMAS SDN. BHD. Saya
juga faham bahawa bakal-bakal ahli saya tidak perlu membuat lain-lain
bayaran selain dari bayaran di atas.
3. Saya
tidak akan membayangkan kepada nama-mana bakal ahli GAMAT EMAS SDN. BHD.
mengenai apa-apa cara ataupun kebaikan organisasi pengedar-pengedar
tertentu dan potensi mendapatkan pendapatan yang tinggi atau pendapatan
yang dijangkakan daro program perniagaan GAMAT EMAS SDN. BHD.
4. Saya tidak akan
menggunakan atau menyebarkan sebarang risalah atau apa-apa alat bantuan
jualan selain daripada apa yang dibekalkan oleh GAMAT EMAS SDN. BHD.
kepada saya. Saya tidak akan meminda isi kandungan atau bungkusan asal
tanpa mendapat sebarang arahan bertulis dari GAMAT EMAS SDN. BHD. untuk
berbuat demikian.
5. Semua barangan GAMAT
EMAS SDN. BHD. yang saya beli atau yang telah saya jual adalah tertakluk
kepada jaminan kualiti, polisi dan peraturan pemulangan yang dikenakan
yang dikenakan kepada barangan tersebut semasa saya membelinya.
6. Saya akan memulangkan
segera wang pembeli terhadap barangan yang dikembalikan mematuhi syarat
GAMAT EMAS SDN. BHD. iaitu kepuasan dijamin terhadap barangan. Saya juga
faham bahawa sebaliknya saya akan menerima barangan gantian dari GAMAT
EMAS SDN. BHD. dengan mengemukakan surat pemulangan serta resit pembeli
dan memulangkan barangan itu ke GAMAT EMAS SDN. BHD. Saya faham dan
bersetuju bahawa sebarang kegagalan dari pihak saya untuk memenuhi polisi
GAMAT EMAS SDN. BHD. iaitu kepuasan dijamin terhadap baranga akan
mengakibatkan tindakan diambil terhadap saya.
7. Saya akan menerangkan
dengan jujur dan ikhlas tentang kebaikan hasil barangan GAMAT EMAS SDN.
BHD. Saya tidak akan membuat sebarang jaminan palsu tentang barangan GAMAT
EMAS SDN. BHD. Saya akan menitik-beratkan tentang kawalan mutu barangan
keluaran GAMAT EMAS SDN. BHD.
8. Saya akan menggalakkan
ahli GAMAT EMAS SDN. BHD. yang lain supaya mematuhi syarat dan perjanjian
sebagai ahli barangan GAMAT EMAS SDN. BHD. Saya tidak akan menggalakkan
ahli-ahli yang lain untuk membeli barangan memebihi keperluan yang akan
menyebabkan simpanan stok yang berlebihan.
9. Saya faham dan bersetuju
bahawa GAMAT EMAS SDN. BHD. akan mengambil tindakan tertentu terhadap
keahlian saya sebagai ahli jika sekiranya saya pada bila-bila masa
melanggar atau tidak mematuhi Perjanjian dan Peraturan yang dikenakan atau
melibatkan diri dengan melakukan sesuatu yang boleh mencemarkan nama baik
GAMAT EMAS SDN. BHD. atau apa-apa yang bertentangan dengan undang-undang
kerajaan, ordinan dan lain-lain peraturan yang salah ataupun mana-mana
juga polisi dan peraturan yang telah ditetapkan oleh GAMAT EMAS SDN. BHD.
10. GAMAT EMAS SDN. BHD. berhak
meminda syarat-syarat atau peraturan yang difikirkan tanpa perlu memberi
notis kepada ahli.
|