Manual Kesihatan Dan Rawatan Berasaskan Gamat
Pengenalan
Rawatan
alternatif merupakan satu skop yang terlalu luas untuk diperhalusi. Gamat,
antaranya merupakan satu produk alternatif tradisional yang telah digunakan
sejak dari 300 tahun dahulu. Air gamat yang busuk baunya itu telah diamalkan
oleh nenek moyang kita untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Sehingga kini
masih lagi digunakan secara meluas walaupun bau air masih tetap busuk. Kenapa?
Ini disebabkan masyarakat kita sememangnya mempercayai dan memperakui bahawa air
gamat itu berkesan dari segi rawatan dan penyembuhan.
Perkembangan teknologi
moden kini telah menular mempengaruhi produk-produk tradisional. Syarikat Gamat
éMas Sdn Bhd tidak ketinggalan bagi memainkan peranan untuk memartabatkan produk
kebanggaan kita. Gamat éMas menjanjikan satu kelainan pada produk gamat yang
dipasarkannya. Inisiatif untuk menjalinkan usahasama dengan universiti tempatan
dan SIRIM BHD merupakan langkah kami untuk memastikan keberkesanan pada
formulasi dan kualiti pada produk kami.
Mungkin timbul persoalan
mengapa pihak syarikat memilih gamat untuk diketengahkan kerana terlalu banyak
produk gamat sekarang di pasaran. Kami di Gamat éMas sentiasa menitikberatkan
ketulinan ekstrak gamat yang diproses dan digunakan adalah dari spesis Stichophus Hermanii agar keberkesanan produk tidak dipertikaikan. Malah dengan
kajian (R & D) yang dijalankan dari semasa ke semasa, kewibawaan produk di bawah
jenama Gamat éMas pasti tidak akan tercabar. Keunggulan tanpa keraguan akan
dijadikan tunggak kepada semua produk yang dihasilkan oleh Gamat éMas Sdn Bhd
dan kami percaya gamat merupakan khazanah dari laut yang mempunyai nilai
terapeutik universal yang terlalu berharga untuk tidak dikongsikan bersama
dengan para pengguna sekalian.
Peringatan
Penting
Penyelidikan tentang
Gamat telah di jalankan sejak tahun 1983 lagi dipelopori oleh Prof. Dr. Ridzwan
Hashim dari UIA. Manual ini di ilhamkan mengambil kira data-data awal dari ujian
makmal dan testimonial yang didapati bertujuan untuk dijadikan garis panduan
penggunaan produk Gamat éMas sementara menunggu data-data klinikal yang lebih
terperinci di masa hadapan. Saranan di dalam manual ini merupakan syor di dalam
mengikhtiarkan rawatan alternatif berasaskan Gamat.
Penulis tidak menjanjikan
jaminan kepada syor yang diberi kerana setiap usaha itu, hanya kepada Allah swt
kita bertawakkal.
Dr Syid Ayob bin Syid Mustafa Al-Qudri
MD Vrije Universiteit Brussels, Belgium
|
|
 |
|
Copyright © 2006-2007 eGamat.com |
 |
 |
|
|
.