|
-
Berapa
kapsul yang perlu saya ambil sehari?
1 kapsul
selepas sarapan dan 1 kapsul selepas makan malam. Walaubagaimanapun, untuk
memudahkan, anda juga boleh mengambil 2 kapsul sekaligus selepas sarapan.
-
Bagaimana cara pengambilannya?
Seeloknya
Femmina dimulakan pengambilannya selepas haid. Femmina tidak disyorkan
diambil ketika haid untuk mengelakkan gangguan pada kitaran semulajadi
estrogen pada pusingan haid yang biasa. Pengambilan Femmina dihentikan
sementara ketika haid dan dimulakan semula selepas haid. Begitulah
seterusnya.
Bagi
wanita yang menopaus, Femmina boleh diambil berterusan tanpa henti.
-
Berapa umur wanita yang boleh mengamalkan Femmina?
Femmina
disyorkan untuk wanita 18 tahun ke atas. Walaubagaimanapun, paling
mustahak ialah golongan wanita selepas umur 35 tahun kerana sewaktu itu
paras estrogen sudah semakin menurun. Paling penting ialah wanita selepas
menopaus kerana di kala itu paras estrogen sangat rendah dan pengambilan
Femmina boleh membantu mengatasi gejala yang bersangkutan dengan
menopaus.
-
Siapakah
golongan yang tidak disyorkan untuk mengambil Femmina?
· Gadis
di bawah umur 18 tahun
· Wanita
yang sedang hamil (Boleh terus mengamalkan Femmina selepas melahirkan)
· Wanita
yang sedang atau pernah menghidapi kanser yang berkait dengan organ
seksual wanita (payudara, rahim dan ovari).
-
Berapa lama perlu saya mengambil Femmina?
Bagi
mendapat keberkesanan yang paling optima, anda digalakkan untuk
mengamalkan Femmina secara berterusan sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
Selepas itu anda boleh mengamalkannya dengan selamat bagi mengekalkan
manfaatnya.
-
Jika
saya mengamalkan produk lain, bolehkah saya mengambil Femmina?
Femmina
ialah produk herba semulajadi. Insya-Allah ia tidak mengganggu
keberkesanan produk kesihatan yang lain.
-
Bagaimana jika saya sedang mengamalkan pil perancang keluarga?
Kesan
Femmina tidak begitu mantap kerana kandungan phytoestrogennya perlu
berganding dengan hormon estrogen yang ada di dalam pil perancang
keluarga. Untuk mendapat keberkesanan yang optima, anda boleh menggunakan
kaedah lain untuk merangcang keluarga seperti IUD, kondom dll.
-
Mengapa
Femmina tidak dicampur Gamat?
Memandangkan Femmina dihasilkan di dalam kapsul yang terhad kuantiti
kandungannya (< dari 500mg dalam satu kapsul), adalah tidak bersesuaian
untuk mencampurkan gamat kerana kuantiti gamat itu sudah tentu tidak boleh
dimuatkan di dalam ruang kapsul yang terhad.
Untuk
mendapatkan khasiat gamat, anda disarankan untuk mengamalkan Pati Gamat
Plus/Vita.
-
Mengapa
Femmina dihasilkan di dalam bentuk kapsul dan tidak di dalam bentuk
cecair seperti produk yang lain?
Ekstrak
herba yang terdapat di dalam Femmina dihasilkan melalui teknik ‘spray
drying’. Serbuk yang terhasil agak pahit dan adalah lebih selesa
ditelan dalam bentuk kapsul.
Dengan
menggunakan serbuk juga dapat memberikan sukatan yang lebih tepat setiap
kapsul. Ia juga mudah dimuatkan di dalam beg tangan agar mudah dibawa ke
mana-mana supaya dapat mengikuti peraturan pengambilan Femmina ini secara
teratur.
-
Saya
khuatiri kapsul yang digunakan tidak HALAL...
Kapsul
yang digunapakai dibuat dari sayuran dan bukan dari usus binatang. Femmina
telah mendapat pengesahan HALAL dari JAKIM supaya pengguna dapat
mengamalkannya tanpa sebarang rasa was-was.
-
Adakah
terdapat kesan tindakbalas jika saya mengambil Femmina?
Antara
kesan tindakbalas utama yang mungkin berlaku termasuklah :
§ Bagi
mereka yang kebiasaannya mengalami sakit kepala dan sakit perut
sebelum/ketika datang haid, pada peringkat permulaan (3-4 hari), anda
mungkin mengalami simptom yang sama. Walaubagaimanapun, kesan ini akan
hilang setelah badan anda sudah biasa kepada pengambilan Femmina.
§ Rasa
tidak selesa pada payudara akibat kesan menegang dan proses pembesaran
payudara.
§ Peningkatan
penghasilan cecair pelembab/pelincir di bahagian faraj
§ Bagi
wanita yang telah menopaus, kemungkinan berlaku pendarahan haid yang
bersifat sementara dan tidak perlu dikhuatiri
-
Adakah
kesan sampingan seandainya saya memberhentikan pengambilan Femmina?
Femmina
tidak memberi kesan ketagihan. Seandainya anda (terutamanya jika anda
melewati usia 40-an) memberhentikan pengambilan Femmina, kesan yang anda
alami sebelumnya seperti pembesaran dan penegangan payudara, kulit yang
semakin licin, gebu dan cantik, rambut yang lebat dll akan perlahan-lahan
kembali kepada keadaan asal memandangkan badan anda berada pada tahap yang
mana hormon estrogen semulajadi sudahpun menyusut. Namun demikian, kesan
tersebut akan kembali apabila anda mengamalkan Femmina semula.
-
Adakah
memadai saya mengambil Femmina sebagai pemakanan tambahan untuk menjaga
kesihatan saya?
Tidak.
Kerana Femmina berfungsi menyerlahkan sifat-sifat kewanitaan dan mengatasi
gejala menopaus. Ia bertindak menggunakan bahan aktif yang merupakan
phytoestrogen. Paling sesuai jika ia digabungkan dengan pengambilan set
Gaya Hidup Emas bagi tujuan mencegah, merawat dan menjaga kesihatan.
Mengamalkan Bio-H akan memberi kesan awet muda yang lebih hebat apabila
digabungkan dengan Femmina.
|